NAK memahami satu same lain sgt susah..tp hakikatnyer tak pun susah nak memahami wanita.For me, baik lelaki atau perempuan, dua-dua memang susah nak difahami. Kalau satu spesies pun lain ragam, lain kerenah, ini pulak spesies lain-lain. Dah nama pun gender berbeza, so dah tentu banyak kelainannya dan rasanya, sampai bila-bila perempuan tak akan fahami lelaki, dan lelaki pun tak akan memahami wanita.
Tapi, one simple rules...memadai kita berpegang pada `undang-undang' ini, iaitu saling hormat-menghormati. Kalau kita ikut peraturan ini, insya-Allah, aman dunia ni. Jangan nak mengada-ngada n gedik melanggar batas sempadan, berlagak macam tahu semua, tak kenal pandai-pandai nak bagi nasihat bagai... ( ayoyo open ur eyes)..
Tapi perempuan sekarang suka kalau lelaki ambil berat pasal dia...tanya makan ke tak dan soalan-soalan yang sewaktunya. Emmm...aku pun tak tahulah perempuan macam mana yang dia ni jumpa atau ayat. Pada aku soalan macam tu memang patut, tapi kalau hari-hari dan setiap masa nak start conversation dengan soalan macam tu, tak laratlah.... macam tak logik kadang-kadang ada k orang boleh hidup tanpa makan? or mmg dia yang xxmakan..( acuaally,aku pun hot jgk kalu syaffputra tnye soalan mcm tu..)
Spesies lelaki macam ni lah yang ramai kat luar sekarang.. Ramai kawan2 aku duk tengok and tanya , aku ni antilelaki ke? Memang tak anti lah oiii...tapi tak larat dan tak kuasa dengan kebanyakan kaum sejenis you all yang ada kat luar tu.BERHATI KERING SIKIT..haaa~
Lastly untuk semua kaum LELAKI, jangan dok baca je tau, fahami, hayati dan hargai Seorang WANITA.. Dan...untuk sekaum dgn ku, ingatlah kita ni istimewa, so, jangan biarkan lelaki atau sesiapa saja mempermain dan memperlekehkan kita. Huhu... we're the great warrior..hhaaa~
(ni aku terambil dari petikan buku "Berhentila menangis"..)
11 Keistimewaan wanita....
- 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal itu, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
- 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
- 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
- 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- 5. Apabila lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan.
- 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
- 7. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- 8. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- 9. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- 10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.
- 11. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.